Tuesday, December 21, 2010

5H, khusus buat Remaja





Peace, Respect and Love to all of you. Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan kpd-ALLAH atas nikmat Iman & Islam yg masih diberikan-Nya, juga nikmat kehidupan. Ada di antara kita yg telah dipanggil pulang oleh ALLAH. Jadi, kita yg masih diberi peluang utk bernafas ini, seharusnya bertekad utk memanfaatkan sebaik mungkin nikmat kehidupan ini. Janganlah kita menjadi gol yg ALLAH sebut dlm ayat 99 & 100 surah al-Mu'minun :
" ( Demikianlah keadaan org2 kafir itu ), hingga apabila datang kematian kpd seseorang dari mereka, dia berkata, " Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ( ke dunia ), agar aku dapat berbuat kebajikan yg telah aku tinggalkan. "

Alhamdulillah, ALLAH bg peluang sebentar tadi utk melihat rancangan ' Tanyalah Ustaz ' bersama2 dgn umi, ayah & adik bongsuku. Tertarik dengan penyampaian yg bertajuk, " Remaja & Cabarannya ". So, saya sangat berhajat utk berkongsi apa yg telah saya dapat daripada penyampaian tadi dengan semua yg saya kasihi dan hormati krn ALLAH

Untuk menjadi remaja Muslim yg proaktif dan dinamik, seharusnya kita haruslah mempunyai 5H ini :

1. Hati yg hidup

Sesungguhnya hanya dengan memiliki hati yg hidup, seseorang itu akan mempunyai kekuatan utk mentaati segala perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya. Hati yg hidup ini akan mendorong pemiliknya untuk sentiasa memuhasabah diri dan sekaligus menjadi hamba ALLAH yg bertaqwa.

2. Hampiri segala yg positif ( baik )

Hampirkanlah diri dengan suasana, kawan dan perbuatan yang baik. Yakinlah, bila kita menghampirkan diri dengan segala yg baik, kita akan menjadi seorang yg baik. Jadi, ambil lah peluang utk bergaul dengan kawan yg soleh, yg boleh mengingatkan kita kpd-Nya dan juga yg boleh menasihati kita ke arah kebaikan + kesabaran. Selain itu, hampirkan lah diri dengan suasana atau persekitaran yg soleh. Ini adalah kerana, persekitaran itu sendiri merupakan salah satu faktor utama kpd pembentukan akhlak seseorang itu.

3. Hindari segala yg negatif

Apabila kita menghampiri segala yg baik, maka kita juga seharusnya menghindari diri kita daripada segala yg boleh memudharatkan diri. Kita tidak boleh menghampiri kedua-duanya sekali. Ini adalah kerana sesuatu yg baik itu tidak boleh sama sekali bercampur dengan sesuatu yg tidak baik. Ini adalah berdasarkan firman ALLAH :
" Dan Kami telah menunjukkan kepadanya 2 jalan (kebajikan adan kejahatan). " Ayat ini menunjukkan kpd kita bahawa ALLAH tidak memberikan kita jalan pertengahan, iaitu mencampurkan kabajikan dan kejahatan.

4. Hajat

Remaja Muslim yg sedar akan sentiasa mempunyai hajat atau matlamat, kerana matlamat lah merupakan salah satu pendorong kpd seseorang itu utk melakukan yg terbaik. Sebagai contoh, seseorang yg berjahat utk mendapat keputusan yg cemerlang dlm exam, akan berusaha bersungguh2 agar hajatnya tercapai. Seharusnya, hajat atau matlamat utama bagi seorang remaja Muslim yg sedar ialah keredhaan ALLAH. Apabila heart and mind setting kita utk meraih redha-Nya, maka kita akan melakukan segala yg ALLAH perintahkan dengan bersungguh-sungguh krn kita yakin ALLAH akan memberikan ganjaran-Nya

5. Hijrah

Remaja Muslim yg matlamat hidupnya adalah redha al-Khaliq, akan sentiasa berhijrah. Berhijrah daripada kurang baik kpd baik, daripada baik kpd yg lbh baik. Untuk berhijrah, seseorang remaja Muslim itu haruslah sentiasa bermuhasabah diri krn itulah kunci utama utk berhijrah. Tanpa muhasabah, kita tidak akan tahu di mana salah-silap jua kelemahan kita.

Jadi, bermula pada saat ini, marilah kita bertekad utk menjadi remaja Muslim yg sedar; sentiasa tunduk dan patuh pada perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya. Marilah kita mengambil Islam as the ' way of life '. Mudah-mudahan, redha, rahmat & kasih-syg ALLAH akan mengiringi perjalanan hidup kita sehinggalah kita dipanggil pulang menghadap-Nya.

Saturday, November 27, 2010

Pilihan di Tangan Kita


Alhamdulillah..kesyukuran hanyasanya dipanjatkan kpd Rabb seluruh alam atas pelbagai nikmat yg telah diberikan, terutamanya 2 nikmat yg terbesar, Iman dan Islam. Selawat & salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w yg merupakan qudwah bg org2 yg beriman.


Di kesempatan yg Allah beri ini, hajat utk berkongsi dgn semua 3 ayat al-Qur'an daripada surah al-Isra' yg bermaksud :

(18) Barangsiapa menghendaki kehidupan skrg (duniawi ), maka Kami segerakan baginya di ( dunia ) ini apa yg Kami kehendaki bg org yg Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya di ( Akhirat ) neraka Jahanam; dia akan memasukinya dlm kedaan tercela dan terusir.


(19) Dan barangsiapa menghendaki kehidupan Akhirat dan berusaha ke arah itu dgn bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah org yg usahanya dibalas dgn baik.


(20) Kepada masing-masing ( golongan ), baik ( golongan ) ini ( yg menginginkan dunia ) maupun ( golongan ) itu ( yg menginginkan akhirat ), Kami berikan bantuan dr kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dpt dihalangi.


Diri ini berfikir sejenak apabila membaca maksud ayat Allah ini ( really touching my heart ).

" Aku tergolong dlm gol yg mana ye? " Bila ditanya kita akan beri jawapan yg kita nk kehidupan Akhirat. Betul tak?? Tapi, sejauh mana amalan kita yg menunjukkan bahawa kita bersungguh - sungguh utk Akhirat? ( Tepuk dada, tny iman )~


Kalau kita inginkan Akhirat, kita akan berusaha menjadi lebih baik hanyasanya utk mendapat redha-Nya. Kita juga akan sanggup berkorban dr pelbagai aspek utk Deen yg tercinta dan pelbagai lagi perkara-perkara baik yg Allah redha. Tapi, terkadang kita juga akan terleka dan terlalai dgn dunia yg sememangnya indah pada pandangan nafsu syahwat kita. Dunia bg org yg beriman dan bertaqwa adalah umpama ladang, tempat utk menuai bagi memperoleh hasilnya utk dibawa ke Akhirat kelak atau dlm erti kata lain, dunia bukanlah matlamat bg org yg beriman.


Jadi, marilah kita sentiasa bermuhasabah dan didik diri kita utk merasai indahnya kehidupan Akhirat. Juga banyakkan berdoa agar Allah tak jadikan hati kita cintakan dunia dan takut mati. ( na'uzubillahi min zalik )~

Akhir kata, moga Allah kumpulkan kita semua di dlm syurga-Nya dgn rahmat dan kasih-syg-Nya.

Doakn diri yg menulis ini agar tidak terleka dgn kehidupan dunia yg bersifat sementara..

wallahu'alam...

Saturday, August 7, 2010

Perjalanan Semalam...



Alhamdulillah, selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat yg Maha Esa, krn masih diberi peluang utk terus benafas di muka bumi ini. Selawat dan salam ditujukan kpd junjungan mulia, khatimul Anbiya' Rasulullah s.a.w, keluarga baginda & para sahabat. Peace, respect & love to all of you.

Semalam merupakan hari yg tak akn dilupakan dlm hidupku krn ianya menjadi bukti betapa ALLAH sgt menyayangiku serta adik-adik yg ku kasihi; Fasihah Ahmad, Naseem Farhani + Mardhiah Hayati. Semalam juga menjadi saksi bahawa ALLAH sedang mendidik kami utk menjadi hamba-Nya yg terbaik,iaitu yang dapat bersabar & redha dgn segala ketentuan-Nya. Perjalanan semalam hanya mempunyai satu matlamat iaitu utk mendapat mardhatillah. Perjalanan utk mencari bahan dlm rangka utk menambahkan ilmu pengetahuan agar ianya bermanfaat kpd manusia lain. Sesungguhnya, bukan mudah utk mendapat redha, rahmat + kasih syg ALLAH. Sesuatu yg apabila diniatkan utk mencari redha ALLAH akan diuji-Nya terlebih dahulu. Itulah tanda kasih-sayang ALLAH kpd hamba-Nya. Terima kasih ya ALLAH.

Mengimbau kembali detik-detik sukar sewaktu dlm perjalanan, diri ini hampir berputus-asa. Mengenangkan diri ini adalah hamba ALLAH, dan hanya ALLAH yg berkuasa, diri ini terus bermonolog, mohon bantuan drpd-Nya agar dipermudahkan urusan. Alhamdulillah, sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya. Lebih kurang jam 11.50 malam, kami tiba ke destinasi yg dituju. Praise again to ALLAH.

Ya ALLAH, ampunilah segala kesalahan-kesalahan kami, sama ada yg kami sedari atau tidak. Terlalu banyak dosa yang dilakukan. Hanya satu permintaanku ya ALLAH. Janganlah Engkau campakkan diri ini dan insan-insan yg kusayangi ke dlm api neraka-Mu. Kumpulkanlah kami semua di dlm syurga-Mu. Redhailah kehidupan kami di dunia + Akhirat. Ameen~

Setakat ini sahaja yg ALLAH izin sy mampu tulis. Doakan diri ini agar terus istiqamah di atas jalan-Nya.

Monday, August 2, 2010

I'm Back


Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Rabbul 'Alamin krn dgn izinnya dpt saya kembali utk menulis di dlm blog yg sudah lama tidak di 'update'. Selawat dan salam ditujukan kpd junjungan mulia, Rasulullah s.a.w, keluarga baginda serta para sahabat yang tidak pernah kenal erti jemu dalam menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia. Sesungguhnya, bertuahlah bagi mereka yg dapat merasai 2 nikmat terbesar, iaitu nikmat Iman dan Islam.

Terima kasih bagi mereka yg sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kpd diri ini utk terus menjadikan blog ini sebagai medium dakwah dlm rangka utk mencari keredhaan ALLAH. Sesungguhnya keredhaan ALLAH lah matlamat utama bagi seorang Muslim dlm melakukan apa jua pekerjaan. Tanpa keredhaan-Nya, segala amalan menjadi sia - sia dan tidak dikira sebagai ibadah di sisi-Nya. Ya ALLAH, redhailah apa jua yg kami lakukan, Ameen~

Sekadar perkongsian bersama, teringat perbualan dgn umi yg disayangi dunia & Akhirat ttg sabar dlm menghadapi ujian. Umi selalu kata, " bukan senang nk sabar kan kakak bila diuji dgn kesusahan, dan bila diuji dgn ujian kesenangan pulak, kita selalu leka. Takut sangat mati dlm keadaan tak ingat ALLAH bila diuji dgn kesenangan ". Sedih sbnrnya bila umi ckp mcm ni, sebab sedar diri ini lalai dlm mengingati ALLAH pd setiap waktu. Ya Rabb, ampunilah diri ini krn lalai utk mengingatimu pada setiap masa.

Akhir kata, marilah kita terus berazam untuk menjadi hamba ALLAH yg sentiasa mengingati-Nya pada setiap masa dan keadaan. Ya ALLAH, bantulah kami utk menjadi hamba-Mu yg terbaik di sisi-Mu dan seterusnya mendapat redha, rahmat & kasih - sayangMu.Ameen~ Wallahu'alam...


video

Sunday, March 28, 2010

Marilah menjadi hamba Allah..

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah, yang sentiasa mengasihi hamba - hambaNya yg istiqamah dlm mentaati segala perintahNya dan menjauhi larangaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah s.a w, keluarga baginda dan para sahabat yg tidak pernah jemu berjuang dalam menyampaikan risalah Islam sehingga kita dapat menikmatinya pd hari ini.

Akhirnya, Allah bagi peluang kpd saya & gerakkan hati ini utk berkongsi rasa hati di dalam blog yg sudah agak lama tidak di'update'. Marilah kita menjadi hamba Allah dlm erti kata yg sebenar lebih ditujukan kpd diri sendiri yg sering lalai dalam mengingati-Nya pada setiap detik waktu yg dikurniakan-Nya. Alangkah rugi jika dlm keadaan tidak mengingati Pencipta kita, kita dipanggil pulang menghadap-Nya. Ya Allah, matikanlah kami dlm keadaan sentiasa mengingati-Mu.

Marilah kita sama - sama bermuhasabah; adakah rutin harian kita telah menunjukkan bahawa kita telah menjadi hamba Allah yg sebenar?. Terkadang, waktu solat sahaja kita menjadi hamba Allah.Tetapi itu pun, susah untuk khusyuk. Secara tidak sedar, dalam kita menjalani kehidupan sehari -hari kita banyak menjadi hamba kepada perkara lain. Sebagai contoh, kita terlalu ghairah dalam berhibur sehingga melewatkan solat. Jadi, kita sebenarnya pd waktu itu telah menjadi hamba kpd hiburan dan bukannya hamba Allah..

Contoh lain, kerana terlalu khusyuk atau sibuk membuat assignment kita melewatkan solat dan akhirnya jadilah kita hamba kepada assignment. Di manakah kedudukan Allah di hati kita di waktu kita sedang sibuk membuat assignment? Tepuk dada, tanya Iman..Iman yg ada di dlm diri kita lah yg akan menentukan tindakan kita pada waktu itu;adakah kita mengutamakan Allah atau perkara - perkara lain.

Akhir kalam, marilah kita sama - sama berusaha semaksima mungkin mendidik hati kita untuk mengutamakan Allah dlm apa jua situasi. Yakinlah, Allah akan sentiasa bersama kita; membantu dan melindungi kita jika kita sentiasa menjadi hamba Allah dlm erti kata yg sebenar. Ikhlaskan diri dalam menjadi hamba Allah dan semuga redha, rahmat & kasih sayang Allah sentiasa mengiringi kita sehingga kita dipanggil pulang oleh-Nya.wallahua'lam..

Wednesday, January 27, 2010

Selamat Hari Lahir Ummi ( 27 JANUARI )


Salam'alaik...


Peace, Respect & Love to all of you. Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Rabb yg tidak akan pernah jemu memberikan nikmat kpd hamba2Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w, keluarga & para sahabat baginda yg telah berusaha tanpa rasa jemu utk menyampaikan risalah Islam ke seluruh pelusuk alam dgn izin-Nya.


Alhamdulillah, hari ini genap umur umi yg disayangi krn ALLAH 49 tahun. Selamat Hari Lahir buat ummi yg tidak pernah kenal jemu dalam mendidik anak-anaknya utk mengenal Allah dan seterusnya menjadi anak-anak yg soleh dan musleh. Semuga umi sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH utk terus istiqamah di atas jalan-Nya ( DnT ), dan menjadi hamba ALLAH yg sentiasa hebat dan mulia di sisi-Nya.


Rasa syukur di atas anugerah ( ummi), krn sentiasa menjadi contoh terbaik dalam pelbagai aspek terutama dlm menjadi hamba ALLAH yg terbaik. Umi yg sentiasa menjadi pendengar setia, umi yg menjadi sahabat paling akrab, umi yg menjadi teman berbicara, umi yg menjadi teman sefikrah. Muga ianya menjadi amal yg diterima di sisi ALLAH. Kakak sayang umi dunia & Akhirat.


Jazakillah umi krn sentiasa mengingatkan diri ini untuk melakukan sekecil - kecil perbuatan krn ALLAH, biar IMAN yg menjadi penggerak kpd perbuatan yg ingin dilakukan. Umi juga sentiasa mengingatkan kami dengan ayat - ayat ALLAH, masih ingat lagi ayat yg sentiasa umi bacakan bila duduk dgn umi, iaitu ayat 6 surah at-Tahrim yg bermaksud : "Wahai org2 yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, keras, yg tidak derhaka kpd ALLAH terhadap apa yg Dia perintahkan kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan.Bila dah habis baca ayat ni, umi sentiasa ckp yg harapan umi nk sama2 satu family dapat masuk syurga ALLAH. Sedih sgt bila umi ckp mcm tu. Disebalik kesedihan tu, sbnrnye ianya memberi motivasi untuk sentiasa melakukan kebaikan dan seterusnya dpt memberi kebaikan kpd manusia lain. Amin..


Akhir kata, thanks a lot umi and sory for every single thing. Love umi..


Wallahua'lam

Saturday, January 9, 2010

Salam Tahun baru 2010


Salam'alaik buat shbt2 yg dikasihi krn Allah. Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi, dgn limpah keizinanNya jua kasih-sayangNya, saya dpt menyambung coretan di dlm blog ini. First of all, tak terlambat lg rsenye utk mengucapkn selamat Tahun Baru buat semua. Semuga thn 2010 menjadi titik utk kita melakukn penghijrahan atau perubahan demi menggapai redha Allah. Sesungguhnya, segala apa yg kita lakukn hanyalah utk mendapat redha-Nya, bukannya redha atau pndangan manusia sehingga kita melanggar hak-hak Allah.

Sebelum terlupa tak terlambat jg utk mengucapkn Selamat Hari Lahir buat ayahanda tersayang, Zainal Abidin b Chin. Semuga ayah sentiasa sihat di bwh lembayung rahmat & kasih-sygNya agar dapat terus istiqamah dlm melakukan kerja2 dakwah dan tarbiyah. Anakmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di dunia dan Akhirat. Thanks for being such a caring father n thanks for all the useful advices. Hanya Allah yg layak membalas sgl jasa ayah. Doakan kakak ye ayah..

Buat2 semua shbt2 yg akan atau telah meraikan ulangtahun kelahiran pd bln Januari ini, Selamat Hari Lahir diucapkan. Semuga dgn brtambahnya umur, bertambahlah amalan yg akn dibawa pulang mengadap Yang Maha Esa. Perbanyakkanlah amalan2 sunat krn ianya adalah pelengkap kpd amalan2 fardhu dan lazimilah melakukan solat taubat. Lakukanlah sekecil-kecil perkara dgn niat utk mendapat redhaNya. Semuga Allah sentiasa meredhai kalian semua.

That's all for the time being. Need du'a from all of you. Take care of your IMAN n yourself.

Wallahua'lam...