Tuesday, December 21, 2010

5H, khusus buat Remaja





Peace, Respect and Love to all of you. Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan kpd-ALLAH atas nikmat Iman & Islam yg masih diberikan-Nya, juga nikmat kehidupan. Ada di antara kita yg telah dipanggil pulang oleh ALLAH. Jadi, kita yg masih diberi peluang utk bernafas ini, seharusnya bertekad utk memanfaatkan sebaik mungkin nikmat kehidupan ini. Janganlah kita menjadi gol yg ALLAH sebut dlm ayat 99 & 100 surah al-Mu'minun :
" ( Demikianlah keadaan org2 kafir itu ), hingga apabila datang kematian kpd seseorang dari mereka, dia berkata, " Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ( ke dunia ), agar aku dapat berbuat kebajikan yg telah aku tinggalkan. "

Alhamdulillah, ALLAH bg peluang sebentar tadi utk melihat rancangan ' Tanyalah Ustaz ' bersama2 dgn umi, ayah & adik bongsuku. Tertarik dengan penyampaian yg bertajuk, " Remaja & Cabarannya ". So, saya sangat berhajat utk berkongsi apa yg telah saya dapat daripada penyampaian tadi dengan semua yg saya kasihi dan hormati krn ALLAH

Untuk menjadi remaja Muslim yg proaktif dan dinamik, seharusnya kita haruslah mempunyai 5H ini :

1. Hati yg hidup

Sesungguhnya hanya dengan memiliki hati yg hidup, seseorang itu akan mempunyai kekuatan utk mentaati segala perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya. Hati yg hidup ini akan mendorong pemiliknya untuk sentiasa memuhasabah diri dan sekaligus menjadi hamba ALLAH yg bertaqwa.

2. Hampiri segala yg positif ( baik )

Hampirkanlah diri dengan suasana, kawan dan perbuatan yang baik. Yakinlah, bila kita menghampirkan diri dengan segala yg baik, kita akan menjadi seorang yg baik. Jadi, ambil lah peluang utk bergaul dengan kawan yg soleh, yg boleh mengingatkan kita kpd-Nya dan juga yg boleh menasihati kita ke arah kebaikan + kesabaran. Selain itu, hampirkan lah diri dengan suasana atau persekitaran yg soleh. Ini adalah kerana, persekitaran itu sendiri merupakan salah satu faktor utama kpd pembentukan akhlak seseorang itu.

3. Hindari segala yg negatif

Apabila kita menghampiri segala yg baik, maka kita juga seharusnya menghindari diri kita daripada segala yg boleh memudharatkan diri. Kita tidak boleh menghampiri kedua-duanya sekali. Ini adalah kerana sesuatu yg baik itu tidak boleh sama sekali bercampur dengan sesuatu yg tidak baik. Ini adalah berdasarkan firman ALLAH :
" Dan Kami telah menunjukkan kepadanya 2 jalan (kebajikan adan kejahatan). " Ayat ini menunjukkan kpd kita bahawa ALLAH tidak memberikan kita jalan pertengahan, iaitu mencampurkan kabajikan dan kejahatan.

4. Hajat

Remaja Muslim yg sedar akan sentiasa mempunyai hajat atau matlamat, kerana matlamat lah merupakan salah satu pendorong kpd seseorang itu utk melakukan yg terbaik. Sebagai contoh, seseorang yg berjahat utk mendapat keputusan yg cemerlang dlm exam, akan berusaha bersungguh2 agar hajatnya tercapai. Seharusnya, hajat atau matlamat utama bagi seorang remaja Muslim yg sedar ialah keredhaan ALLAH. Apabila heart and mind setting kita utk meraih redha-Nya, maka kita akan melakukan segala yg ALLAH perintahkan dengan bersungguh-sungguh krn kita yakin ALLAH akan memberikan ganjaran-Nya

5. Hijrah

Remaja Muslim yg matlamat hidupnya adalah redha al-Khaliq, akan sentiasa berhijrah. Berhijrah daripada kurang baik kpd baik, daripada baik kpd yg lbh baik. Untuk berhijrah, seseorang remaja Muslim itu haruslah sentiasa bermuhasabah diri krn itulah kunci utama utk berhijrah. Tanpa muhasabah, kita tidak akan tahu di mana salah-silap jua kelemahan kita.

Jadi, bermula pada saat ini, marilah kita bertekad utk menjadi remaja Muslim yg sedar; sentiasa tunduk dan patuh pada perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya. Marilah kita mengambil Islam as the ' way of life '. Mudah-mudahan, redha, rahmat & kasih-syg ALLAH akan mengiringi perjalanan hidup kita sehinggalah kita dipanggil pulang menghadap-Nya.

1 comments:

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT

Post a Comment