Saturday, August 7, 2010

Perjalanan Semalam...



Alhamdulillah, selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat yg Maha Esa, krn masih diberi peluang utk terus benafas di muka bumi ini. Selawat dan salam ditujukan kpd junjungan mulia, khatimul Anbiya' Rasulullah s.a.w, keluarga baginda & para sahabat. Peace, respect & love to all of you.

Semalam merupakan hari yg tak akn dilupakan dlm hidupku krn ianya menjadi bukti betapa ALLAH sgt menyayangiku serta adik-adik yg ku kasihi; Fasihah Ahmad, Naseem Farhani + Mardhiah Hayati. Semalam juga menjadi saksi bahawa ALLAH sedang mendidik kami utk menjadi hamba-Nya yg terbaik,iaitu yang dapat bersabar & redha dgn segala ketentuan-Nya. Perjalanan semalam hanya mempunyai satu matlamat iaitu utk mendapat mardhatillah. Perjalanan utk mencari bahan dlm rangka utk menambahkan ilmu pengetahuan agar ianya bermanfaat kpd manusia lain. Sesungguhnya, bukan mudah utk mendapat redha, rahmat + kasih syg ALLAH. Sesuatu yg apabila diniatkan utk mencari redha ALLAH akan diuji-Nya terlebih dahulu. Itulah tanda kasih-sayang ALLAH kpd hamba-Nya. Terima kasih ya ALLAH.

Mengimbau kembali detik-detik sukar sewaktu dlm perjalanan, diri ini hampir berputus-asa. Mengenangkan diri ini adalah hamba ALLAH, dan hanya ALLAH yg berkuasa, diri ini terus bermonolog, mohon bantuan drpd-Nya agar dipermudahkan urusan. Alhamdulillah, sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya. Lebih kurang jam 11.50 malam, kami tiba ke destinasi yg dituju. Praise again to ALLAH.

Ya ALLAH, ampunilah segala kesalahan-kesalahan kami, sama ada yg kami sedari atau tidak. Terlalu banyak dosa yang dilakukan. Hanya satu permintaanku ya ALLAH. Janganlah Engkau campakkan diri ini dan insan-insan yg kusayangi ke dlm api neraka-Mu. Kumpulkanlah kami semua di dlm syurga-Mu. Redhailah kehidupan kami di dunia + Akhirat. Ameen~

Setakat ini sahaja yg ALLAH izin sy mampu tulis. Doakan diri ini agar terus istiqamah di atas jalan-Nya.

0 comments:

Post a Comment