Monday, September 28, 2009

Stress belajar??

Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkn kpd Al-Khaliq, kerana diberi kesempatan masa untuk berkongsi rasa hati sebagai peringatan khususnya buat diri yg menulis ini yang sering lalai dlm mengingatiNya. Kehidupan sebagai pelajar tidak akan lari daripada dihujani dgn timbunan assignment yang sering kali menjadikan kita sebagai pelajar tertekan atau dlm erti kata lain "stress". Fanomena pada hari ini menunjukkan bahawa stress dan belajar mempunyai suatu pertalian yg erat dan tidak dapat dipisahkan. Kenapa hal ini terjadi?Kerap kali persoalan ini bermain di benak fikiranku sehinggalah pada suatu hari diri ini merasa tergerak hati untuk bertanya kepada ummiku yang sememangnya banyak membantuku dlm menjadi hamba Allah dlm erti kata yg sebenar.
Lalu, inilah jawapan ummiku yg ringkas tetapi sudah cukup membuatku tersentuh dan bermuhasabh diri. "Seseorang yg belajar krn Allah tidak akan merasa tertekan @ stress krn Allah sudah menjanjikan ganjaran yg besar bagi hamba-hambaNya yg ikhlas dlm menuntut ilmu." Diri yg penuh dgn kelemahan ini beristighfar, mohon keampunanNya kerana sering kali gagal untuk belajar kerana ALLAH.
Ummiku juga berpesan apabila mengalami kesusahan dlm melakukan sesuatu perkara, terus kembali kpd Allah dgn menunaikan solat taubat krn blh jadi kesusahan dan kesukarn yg dialami merupakan kifarah dosa - dosa kita dan banyakkan berdoa. Sesungguhnya Allah pasti akan mengabulkan doa - doa hamba - hambaNya yg ikhlas kpdNya.
Akhir kata, moga diri ini dan sesiapa yg membaca tulisan ini dapat menjadi hamba Allah yg sentiasa melazimi taubatnya kepada Allah dan seterusnya menjadi hambaNya yg mendapat redha, rahmat dan kasih - sayang ALLAH. Wallahua'lam...

Monday, July 27, 2009

Banyakkan berdoa

Sekadar perkongsian bersama..
Diri ini yang serba dengan kekurangan berfikir sejenak.Apakah hari-hari yg dilalui sentiasa di dlm redhaNya. Bila diteliti, ada juga perkara-perkara yg dilakukn tidak mempunyai hubungan hati dengan Allah. Sedangkan utk mnjadi seorang hamba Rabbani, antara ciri utamanya di dlm buku 'Menjadi Hamba Rabbani' adalah hati yg senantiasa terikat dgn Allah dlm apa jua perkara yg dilakukn. Bukan mudah utk menjadi hamba Rabbani ttp ianya bukanlah sesuatu yg mustahil. Jika dilihat dr aspek doa kita kpd Allah, adakah kita sudah cukup menghayati dan yakin dgn doa kita kpd Allah. Terkadang tanpa disedari, diri ini lebih mudah meminta dan mengadu kpd manusia berbanding dgn al-Khaliq.Ya Allah, ampunilah segala kekhilafan yg dilakukan. Jadikanlah kami hambaMu yg sentiasa mengutamakanMu dlm apa jua perkara yg dilakukn.Tetapkanlah Iman kami sehingga kami dipanggil pulang olehMu.Amin....

Sunday, July 26, 2009

Awwalul Kalam

Salam'alaik..
Alhamdulillah, praise to Allah with His blessing & love, Finally, I've got the chance to create my own blog. To all my beloved friends, I need your dua' and advices to improve myself and to be strong in DnT's (Dakwah & tarbiyah) journey. May Allah bless all the good deeds that we've done..
Jazakumullah....