Sunday, March 28, 2010

Marilah menjadi hamba Allah..

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah, yang sentiasa mengasihi hamba - hambaNya yg istiqamah dlm mentaati segala perintahNya dan menjauhi larangaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah s.a w, keluarga baginda dan para sahabat yg tidak pernah jemu berjuang dalam menyampaikan risalah Islam sehingga kita dapat menikmatinya pd hari ini.

Akhirnya, Allah bagi peluang kpd saya & gerakkan hati ini utk berkongsi rasa hati di dalam blog yg sudah agak lama tidak di'update'. Marilah kita menjadi hamba Allah dlm erti kata yg sebenar lebih ditujukan kpd diri sendiri yg sering lalai dalam mengingati-Nya pada setiap detik waktu yg dikurniakan-Nya. Alangkah rugi jika dlm keadaan tidak mengingati Pencipta kita, kita dipanggil pulang menghadap-Nya. Ya Allah, matikanlah kami dlm keadaan sentiasa mengingati-Mu.

Marilah kita sama - sama bermuhasabah; adakah rutin harian kita telah menunjukkan bahawa kita telah menjadi hamba Allah yg sebenar?. Terkadang, waktu solat sahaja kita menjadi hamba Allah.Tetapi itu pun, susah untuk khusyuk. Secara tidak sedar, dalam kita menjalani kehidupan sehari -hari kita banyak menjadi hamba kepada perkara lain. Sebagai contoh, kita terlalu ghairah dalam berhibur sehingga melewatkan solat. Jadi, kita sebenarnya pd waktu itu telah menjadi hamba kpd hiburan dan bukannya hamba Allah..

Contoh lain, kerana terlalu khusyuk atau sibuk membuat assignment kita melewatkan solat dan akhirnya jadilah kita hamba kepada assignment. Di manakah kedudukan Allah di hati kita di waktu kita sedang sibuk membuat assignment? Tepuk dada, tanya Iman..Iman yg ada di dlm diri kita lah yg akan menentukan tindakan kita pada waktu itu;adakah kita mengutamakan Allah atau perkara - perkara lain.

Akhir kalam, marilah kita sama - sama berusaha semaksima mungkin mendidik hati kita untuk mengutamakan Allah dlm apa jua situasi. Yakinlah, Allah akan sentiasa bersama kita; membantu dan melindungi kita jika kita sentiasa menjadi hamba Allah dlm erti kata yg sebenar. Ikhlaskan diri dalam menjadi hamba Allah dan semuga redha, rahmat & kasih sayang Allah sentiasa mengiringi kita sehingga kita dipanggil pulang oleh-Nya.wallahua'lam..