Wednesday, January 27, 2010

Selamat Hari Lahir Ummi ( 27 JANUARI )


Salam'alaik...


Peace, Respect & Love to all of you. Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Rabb yg tidak akan pernah jemu memberikan nikmat kpd hamba2Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w, keluarga & para sahabat baginda yg telah berusaha tanpa rasa jemu utk menyampaikan risalah Islam ke seluruh pelusuk alam dgn izin-Nya.


Alhamdulillah, hari ini genap umur umi yg disayangi krn ALLAH 49 tahun. Selamat Hari Lahir buat ummi yg tidak pernah kenal jemu dalam mendidik anak-anaknya utk mengenal Allah dan seterusnya menjadi anak-anak yg soleh dan musleh. Semuga umi sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH utk terus istiqamah di atas jalan-Nya ( DnT ), dan menjadi hamba ALLAH yg sentiasa hebat dan mulia di sisi-Nya.


Rasa syukur di atas anugerah ( ummi), krn sentiasa menjadi contoh terbaik dalam pelbagai aspek terutama dlm menjadi hamba ALLAH yg terbaik. Umi yg sentiasa menjadi pendengar setia, umi yg menjadi sahabat paling akrab, umi yg menjadi teman berbicara, umi yg menjadi teman sefikrah. Muga ianya menjadi amal yg diterima di sisi ALLAH. Kakak sayang umi dunia & Akhirat.


Jazakillah umi krn sentiasa mengingatkan diri ini untuk melakukan sekecil - kecil perbuatan krn ALLAH, biar IMAN yg menjadi penggerak kpd perbuatan yg ingin dilakukan. Umi juga sentiasa mengingatkan kami dengan ayat - ayat ALLAH, masih ingat lagi ayat yg sentiasa umi bacakan bila duduk dgn umi, iaitu ayat 6 surah at-Tahrim yg bermaksud : "Wahai org2 yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, keras, yg tidak derhaka kpd ALLAH terhadap apa yg Dia perintahkan kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan.Bila dah habis baca ayat ni, umi sentiasa ckp yg harapan umi nk sama2 satu family dapat masuk syurga ALLAH. Sedih sgt bila umi ckp mcm tu. Disebalik kesedihan tu, sbnrnye ianya memberi motivasi untuk sentiasa melakukan kebaikan dan seterusnya dpt memberi kebaikan kpd manusia lain. Amin..


Akhir kata, thanks a lot umi and sory for every single thing. Love umi..


Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment