Thursday, November 5, 2009

UMMU ANAS's ADVICE




Tahanlah NAFSU, Agar HATI Merasa BAHAGIA

ANAK-ANAK remajaku yg dikasihi krn ALLAH; Salam sejahtera, rahmat, keberkatan serta keredhaan ALLAH sentiasa dilimpahkan ke atas kalian. Juga moga sentiasa beroleh taufiq, hidayah serta ketaqwaan mendalam yg memampukan kalian mematuhi perintah ALLAH di samping meninggalkan larangan-Nya.
Anak-anakku yg mendamaikan hati dan menyejukkan pandangan; Dalam kesibukan kalian mematuhi rutin hidup harian, peruntukkan sedikit masa utk menilai bentuk hati kalian. Adakah menepati sifat hati yg beruntung atau sebaliknya?..:" Dan demi jiwa dan penciptaan yg sempurna, maka ALLAH mengilhamkan (menunjukkan) jln kejahatan dan jln taqwanya. Sesungguhnya beruntunglah org yg menyucikn jiwa itu dan rugilah org yg mengotorinya". (Surah As-Syams:7-10).

Ayat tersebut menjelaskan manusia diciptakan Allah dgn dua persediaan:
*menuju ke jln kebaikan
*menuju ke jln kejahatan
Juga dgn rahmat ALLAH manusia dilengkapi petunjuk dan bimbingan yg dibawakan oleh para nabi dan rasul dlm usaha mencetuskan keimanan serta meraih hidayah. Dengan yg demikian jln hidup manusia tersuluh dan terhindar dari kekaburan yg dibawa oleh syaitan dan hawa nafsu. Keadaan ini juga akan menyelamatkan manusia dari berbagai kesesatan yg merugikan.

Anak-anakku yg sentiasa mengharapkan petunjuk ALLAH! Sentiasalah menyedari bahawa org yg menjadikan hidupnya utk memenuhi keinginan nafsu akan menjadi hamba nafsu, sekali gus terpesong dari matlamat menjadi hamba ALLAH. Sentiasalah bersungguh-sungguh dlm usaha menjuruskan fitrah hati supaya kekal dlm ketaatan kpd ALLAH seiring menangkis desakan nafsu. Hayati maksud firman ALLAH dlm surah Al-Ankabut ayat 69: "Dan org2 yg berjihad utk mencari keredhaan Kami, benar2 akan Kami tunjukkan kpd mereka jln2 Kami. Dan sesungguhnya ALLAH benar2 berserta org2 yg berbuat baik".

Anak-anakku yg gigih beusaha!, Renungi syair Arab yg menjelaskan akibat buruk yg didatangkan oleh dorongan nafsu...

Apabila nafsu ditaati pd setiap kenikmatan,
Engkau digelar org tak berakal dan tak dihormati,
Bila kau turuti nafsu pd setiap ajakannya,
Ia membawamu kpd keburukan yg haram!
Hawa nafsu itu musuh bagimu,
mengingkarinya adalah teman.

Justeru itu anak-anakku, bersegeralah menepis desak nafsu dgn meningkatkan stamina iman;

*sentiasa berdoa serta bermunajat kpd ALLAH dengan kerendahan hati dan suara perlahan.
*sentiasa merenungi pengertian ayat-ayat al-Qur'an, supaya hati menjadi lembut dan patuh.
*sentiasa menjaga solat-solat fardhu sedapatnya berjemaah.
*sentiasa memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat & melakukan solat sunat rawatib.
*sentiasa bergaul dengan orang2 yg soleh dan berakhlak mulia.

Akhirnya anak-anakku...,sentiasalah menghayati maksud firman ALLAH dlm surah AN-Nazi'at ayat 40-41: "Dan orang2 yg takut kpd kebesaran Tuhannya dan mencegah dirinya dari hawa nafsu, maka syurgalah tempat kediamannya".

Anak-anakku yg dikasihi, sungguh MahaAgung ALLAH, kasih sayang-Nya begitu melimpah ruah. Disempurnakan penciptaan manusia dengan dua potensi pilihan. Disediakan petunjuk. Diberi peringatan. Diberi ganjaran sedari kehidupan di dunia hingga balasan syurga utk kehidupan Akhirat. Bersegeralah!. Tepis dan tahan nafsu. Usaha ini akan membuahkan ketaatan yg teguh dan mampu menangkis sebarang bentuk maksiat. Seterusnya hati akan merasa bahagia dan seluruh hidup beroleh keberuntungan.


Wassalam,
Ummu Anas
Ibu yg sentiasa mendoakan ketaqwaan kalian.



0 comments:

Post a Comment